Perkhidmatan Bekam

1) Bekam Asas - di bahagian belakang badan: 11 cup (RM50), tambahan RM5 bagi setiap satu tambahan cup di lain-lain bahagian badan.


2) Bekam di bahagian lain bergantung kepada masalah penyakit, RM5 setiap cup atau minima RM30.

Sakit Bahu dan Tengkuk
Untuk sakit bahu dan tengkuk akan di bekam di bahagian bahu dan tengkuk yang sakit, juga amat mujarab bagi mereka yang mengalami ketegangan urat leher.
Abu Na'im dalam bukunya at-Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadith marfu', "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit,di antaranya adalah lepra (kusta)."
Pada hadith lain disebutkan, "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk,kerana hal itu dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit."
Gout

Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.
Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-
  • Serangan akut (tiba-tiba).
  • Serangan kronik yang berpanjangan.
Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.
Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

Bagi mengurangkan rasa sakit menyucuk-nyucuk akibat gout ini tadi kaedah bekam adalah paling mujarab sekali. Kebiasaannya darah akan keluar berbuih-buih kerana asid urik tadi. (mcm air coke bila kita buka penutup botol akan keluar buih gas)
Kebiasaannya pesakit gout tersebut akan sembuh setelah 2-3 kali rawatan. Insyaallah....
Jadi sesiapa yang ada penyakit gout tu cepat-cepatlah pergi berbekam. Jangan di biarkan lama-lama nanti akan memudaratkan diri sampai tak boleh bangun pun ada, dek kerana bisa-bisa sendi...wallahualam

Bekam untuk kecantikan dan seri wajah
Bagi mereka yang menghadapi masalah jerawat yang serius, dah puas mendapatkan rawatan muka, facial, scrub tapi jerawat tetap juga tak surut-surut maka saya sarankan cuba terapi bekam pula. Sebab punca jerawat tak berhenti tumbuh tu pasal darah kotor yang telah menimbun dalam tubuh kita.Lihat saja gambar di atas darahnya keluar berbuih2 macam air gas. Sebab tu jenuh buat rawatan luaran tidak berkesan kerana puncanya adalah dari dalam, toksik berkumpul dalam darah.

Bekam untuk sakit kepala dan migrain

Semua orang pasti mengalami sakit kepala, sama ada lelaki ataupun wanita, kecil mahupun dewasa. Bagaimanapun kita selalu memandang ringan sakit kepala dan tanpa disedari penyakit ini boleh mendedahkan seseorang kepada kematian.
Migrain, sakit kepala paling kerap dialami seseorang. Antara simptom migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam. Bagaimanapun, migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya. Antara rawatan yang paling berkesan untuk mencegah migrain ini adalah dengan berbekam. Ramai yang takut untuk berbekam kerana takut sakit. Tetapi sebenarnya dengan teknologi moden yang di gunapakai sekarang rawatan bekam kini tidak menyakitkan langsung. Anda boleh merasai keberkesanannya selepas bekam.
Dari Salma,seorang pelayan Rasulullah SAW bercerita:
"Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah SAW melainkan baginda berkata "Berbekamlah".