Hubungkait urutan badan dengan body meridian, qi dan acupoints

Apakah yang dikatakan body meridian, channel atau saluran itu?

Ianya ialah laluan dimana qi dan darah mengalir. Laluan ini meliputi seluruh tubuh, luaran dan dalaman. Ianya mengangkut qi dan darah serta seimbangkan fisiologi tubuh.

Qi pula ialah udara atau tenaga dari alam yang mengalir dari alam semesta ke dalam tubuh manusia. Qi yang berada dalam tubuh tidak dapat dilihat tetapi ianya dizahirkan/dimanifestasi melalui fungsi organ-organ. Kewujudan qi yang banyak dalam tubuh adalah asas kepada kesihatan yang baik manakala lemahnya qi membawa kepada penyakit. Qi dan darah dalam tubuh mempunyai hubungkait yang sangat rapat.

Di sepanjang meridian terdapat banyak points atau titik yang dipanggil acupoints atau titik tenaga. Acupoints adalah tempat di mana qi bagi organ dan meridian dalam badan bertemu pada permukaan badan iaitu kulit. Setiap acupoints adalah berhubung dengan meridian dan organ yang berlainan dalam tubuh. Oleh itu, acupoints adalah tempat di mana kita dapat 'bercakap' dengan tubuh dan organ-organnya. Acupoints bertindak sebagai 'window' pada badan manusia. Apabila satu-satu organ mengalami kemerosotan prestasi, akan terdapat kesan kesakitan pada acupoints yang terlibat. Ini adalah keputusan maklumat penyakit yang dibawa keluar ke permukaan tubuh (kulit) melalui acupoints pada body meridian. Jadi, sekiranya kita memberikan maklumbalas semula melalui acupoints tersebut, organ yang terlibat akan respon. Maklumbalas yang diberikan itu sebenarnya adalah dalam bentuk urutan, acupunture, accupressure atau yang seumpama dengannya. Urutan pada body meridian yang melibatkan acupoints tersebut akan memberikan rasa kelegaan dan keselesaan kepada pesakit. Urutan yang dibuat tidak perlulah sehingga menyakitkan kerana kulit yang dipenuhi dengan nerve receptors telah cukup sensitif dengan sentuhan seperti urutan.

Sesungguhnya kejadian tubuh manusia adalah terlalu hebat, sukar digambar dengan kata-kata. Alhamdulillah, marilah kita menjadi hamba Allah yang bersyukur atas nikmat-nikmat yang telah diberikan.

Comments

Popular Posts