Apa itu Urutan (Massage)?

Sejak lama dulu perkataaan urut memang telah lama kita dengar dan begitu sinonim dengan orang bersalin, tersalah urat dan terseliuh. Hanya makcik dan pakcik di kampung yang praktikkan teknik urutan ini. Kini, urut sering dikaitkan pula dengan spa di mana untuk kita releks dan memanjakan tubuh.

Definisi urutan atau terapi urutan adalah satu tindakan untuk merawat tubuh badan dengan mengusap, menggosok atau seumpamanya dengannya, untuk merangsang pengaliran atau meredakan tekanan.

Terapi urutan dapat memanipulasi tisu-tisu lembut pada tubuh untuk meredakan ketegangan otot dan kesakitan dengan meningkatkan pengaliran dan flexibiliti.

Juruterapi urutan pada kebiasaannya menggunakan tapak tangan, ibu jari, jari, siku, knuckle dan kadangkala kaki untuk memberikan tekanan pada otot pada tempat-tempat yang sesuai.

Apabila diamalkan secara betul, urutan dapat mempercepatkan proses penyembuhan otot yang cedera iaitu dengan meningkatkan bekalan oksigen kepada otot yang rosak itu.


Comments

Popular Posts