Stimulatherapy bantu pulih asma adik Fateh
Lebih kurang pukul 8.15 malam anak-anak Rumah Jalinan Kasih pun tiba. Semua mengambil tempat masing-masing di bahagian belakang. Dato' Rusly juga tiba awal diikuti oleh jemputan untuk sesi previu. Dalam kesibukan itu, saya diberitahu ada seorang kanak-kanak berusia 7 tahun diserang asma. Keadaannya sukar bernafas ketika itu, dada berombak agak cepat. Bila saya melihat dia telah berbaring di katil rawatan. Saya pantas melakukan kaedah stimulatherapy bagi membantu adik Fateh. Alhamdulillah, lebih kurang 10 minit selepas itu, keadaan adik Fateh bertambah baik sedikit demi sedikit. Saya diberitahu oleh penjaga, adik Fateh sebenarnya mengidap asma kronik dan setiap hari perlu mengambil ubat. Petang tadi dia terlupa makan ubat. Selalunya kalau jadi macam ini, mereka terus bawa adik Fateh ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Syukur ke hadrat Allah, kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya, kita hanya mampu berikhtiar dengan ilmu yang sedikit ini. Tidak lama selepas itu, saya perhatikan adik Fateh sudah boleh duduk makan bersama kawan-kawannya yang lain. Ya Allah saya bersyukur sangat kerana dapat membantu mereka yang memerlukan. Semoga apa yang kami lakukan akan mendapat kebaikan dan keredhaan Allah.
Untuk makluman, Rumah Jalinan Kasih Alor Gajah Melaka dijaga dan diuruskan oleh Pn Faezah dan kakitangan yang lain. Di sini, ditempatkan bukan sahaja anak-anak yatim tetapi juga anak orang miskin seramai 37 orang lelaki dan perempuan. Mereka mencari dana sendiri dan mendapat bantuan daripada orang-orang budiman yang sudi menghulurkan bantuan.Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Rumah Jalinan Kasih ini atau sebarang bantuan bolehlah hubungi terus Pn Faezah di talian 013-2372443.
Comments
Post a Comment