Lagi Stimulatherapy bantu penyakit asma Abg Nazri
Hari ini, lebih kurang 2.20 pm, saya menerima panggilan telefon drp Kak Ana menyatakan suaminya sedang mengalami asma yang teruk. Mereka baru balik dari KL menghadiri open house kakaknya. Sebelum bertolak balik ke Melaka, abg Nazri sudah kena serangan asma dan telah mendapatkan rawatan di klinik di sana. Doktor memberikan injection dan healer. Dalam keadaan yang masih belum pulih itu, abg Nazri memandu juga perlahan-lahan balik ke Melaka memandangkan Kak Ana tak boleh memandu. Selepas membayar tol Ayer Keroh, serangan asma bertambah teruk menyebabkan Kak Ana call saya. Inilah kali pertama mereka cuba mendptkaan rawatan drp kami selepas mendengar info di Melakafm.
Saya dan suami bergegas ke wellness centre kami. Sampai sahaja, mereka telah sedia menunggu. Abg Nazri kelihatan terbongkok-bongkok menahan kepayahan serangan asma. Masuk sahaja ke bilik rawatan, saya dan suami lantas memberikan rawatan. Keadaan abg Nazri agak membimbangkan. Kami berikhtiar dan hanya berserah kepada Allah kerana Dia sahajalah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Alhamdulillah, keadaan pernafasan dan wheezing beransur-ansur reda setelah hampir 30 minit. Kami amat bersyukur kerana dapat membantu org lain di saat mereka amat memerlukan. Ya, teknik urutan Stimulatherapy hanya menggunakan jari-jari tangan kurniaan Allah dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Allah legakan asma abg Nazri masa itu.
Abg Nazri mula duduk menyandar dan bersuara, katanya, 'lega rasa dada'. Syukur ke hadrat Allah. Segala yang baik hanya dariNya. Kami akan terus memberikan rawatan percuma setiap minggu selama 3 bulan kepada abg Nazri dan anak perempuannya selepas ini. Dan selepas mengambil data peribadinya, tahulah saya rupanya abg Nazri bin Ibrahim adalah abg kandung kepada Dato' Khatijah Ibrahim, penyanyi tinggi lampai tu....
Comments
Post a Comment