Kes batuk berpanjangan
Minggu lepas saya lebih kurang 10.30 pagi, menerima panggilan daripada Makcik Tijah di Kg Bukit Pulau. Makcik Tijah meminta saya datang ke rumahnya untuk membantu merawat anak buahnya, Ida yang mengalami batuk yang berpanjangan. Katanya dah pergi hospital dan jumpa pakar, tapi tak juga berkesan.
Sampai sana, kelihatan Ida yang lemah longlai, bukan je batuk tapi dah mula demam. Dalam urutan stimulatherapy ada kaedah untuk membantu masalah ini iaitu dengan merangsang energy point untuk batuk.
Saya membantu dengan 14 channel massage seluruh badan dengan menumpukan kepada energy point batuk dan memberi minum satu mug air suam yang diperah dengan suku bahagian buah lemon. Saya juga minta Ida mengamalkan minum air suam lemon ini setiap hari.
Alhamdulillah, pada petang hari yang sama Ida memberitahu saya," Kak batuk saya dah kurang". Alhamdulillah Syukur Kepada Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Comments
Post a Comment