Kebaikan Urutan Lepas Bersalin
Mengapa urutan lepas bersalin penting? Urutan lepas bersalin adalah penting kerana melalui teknik urutan yang betul pada kulit badan, saraf-saraf penerima pada kulit akan bertidakbalas dengan membebaskan kimia dan disampaikan ke otak ibu lepas bersalin supaya tenang, dalam kerehatan dan tidak stress. Kerana perasaan ibu lepas bersalin bercampurbaur antara gembira, bimbang, resah. takut dan sebagainya. Perlu ditekankan ibu lepas bersalin tidak boleh berada dalam keadaan tertekan kerana kesannya sangat buruk dan akan berlarutan dalam jangka masa yang lama.
Selain itu, tubuh melalui banyak perubahan rohani dan jasmani. Urutan dapat membantu melancarkan pengaliran darah, memulihkan semula otot-otot yang lemah akibat proses melahirkan dan mengecutkan kembali peranakan. Dalam pakej terapi lepas bersalin, kebiasaanya termasuk mandi herba, bengkung, tangan, param/pilis dan penjagaan baby. Semua perawatan ini dapat membantu mengembalikan kesihatan ibu lepas bersalin dan amalan ini sangat digalakkan walaupun dunia serba moden sekarang.
Di SWC, kami menawarkan pakej lengkap penjagaan ibu dan anak seperti mandi herba, urutan pemulihan badan slimming & firming, bertangas, bengkung, param/pilis, mandi baby, tuam baby dan urut baby. Kami menggabungkan cara tradisional dan moden dengan khidmat nasihat percuma. Pasti si ibu akan kelihatan lebih anggun, sihat dan ceria lepas berpantang.
Comments
Post a Comment