Jemputan oleh Persatuan Perubatan Darussalam

Alhamdulillah, semalam 15 Jun 2013 kami telah memenuhi jemputan untuk menyampaikan taklimat berkenaan body meridian dan urutan kepada ahli-ahli Persatuan Perubatan Darussalam yang diasaskan oleh Dato Ismail Kamus sebagai pengisian program hari keluarga persatuan ini di AKAR Beach Resort Port Dickson.

Kami menyampaikan taklimat secara tidak formal dengan menerangkan secara mudah apakah yang dikatakan body meridian dan kaitannya dalam membantu merawat penyakit-penyakit. Paling best kami berkongsi pengalaman kami dalam membantu merawat pesakit-pesakit di mana berbagai-bagai cerita menarik dapat dikongsikan bersama. Di akhir sesi, praktikal dijalankan untuk membantu merawat sakit kepala dan asma. Mereka sangat teruja dengan ilmu ini dan InshaAllah kami akan bekerjasama untuk mengadakan kursus kepada ahli-ahli yang berminat. 

Terima kasih kami rakamkan kepada pengasas Persatuan Perubatan Darussalam iaitu Dato Ismail Kamus, Tuan Pengerusi dan kepada ahli-ahlinya atas undangan mereka. Kami bersedia untuk menjalin kerjasama pada masa hadapan untuk kebaikan bersama dalam usaha kita memberikan bantuan kepada masyarakat. Mudah-mudahan Allah S.W.T. merahmati kita semua dengan usaha yang sekelumit ini. Ameen.  










Comments

Popular Posts