Kursus Urutan dan Bekam
Kami,
di SMI Wellness Centre menawarkan perkongsian ilmu dan
pengalaman urutan dan bekam untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk
mempelajarinya.
- Kelas dalam bentuk teori dan praktikal.
- Boleh terus mempraktikkan pada keluarga, sahabat, kenalan dan jiran-jiran.
- Sebagai salah satu punca pendapatan sampingan
- Modal permulaan yang kecil yang tidak membebankan anda.
- Boleh dibuat di rumah sahaja selepas waktu kerja.
- Kelas akan diajar oleh juruterapi bertauliah lelaki.
- Sijil perakuan kursus akan diberikan sebagai tanda anda belajar daripada kami dan ianya bukanlah akreditasi daripada mana-mana pihak.
- Kursus secara one to one, 2 atau 3 orang dalam group yang sama.
- Yuran kami adalah yang terendah dipasaran. Niat kami adalah untuk berkongsi ilmu dan membantu anda merawat ahli keluarga disamping mencari pendapatan tambahan.
Berikut adalah butir-butir kursus yang ditawarkan:
1. Kursus urutan body meridian RM150. Memfokuskan kepada titik-titik tenaga pada badan untuk membantu merawat penyakit.
2. Kursus urutan tenaga lelaki RM150
2. Kursus urutan tenaga lelaki RM150
3. Kursus urutan tradisional RM150
4. Kursus Bekam Darah RM150 (tidak termasuk peralatan bekam)
Pakej lengkap kursus terbaru khas untuk kaum lelaki adalah seperti berikut:
1. Kursus urutan
tradisional - teori dan praktikal, dibekalkan dengan nota lengkap,
langkah-langkah satu persatu akan diajarkan dan dipraktikalkan
supaya selepas kursus pelajar akan boleh mengurut satu badan selama
1 jam.Model yang berpegalaman disediakan.
2. Kursus urutan
body meridian - dalam urutan meridian adalah penting dapat mengenalpasti
kedudukan titik-titik tenaga, pelajar akan dibekal dengan
nota lengkap dengan gambarajah menunjukkan kedudukan titik-titik
tenaga, praktikal adalah wajib kepada setiap pelajar, model yang
berpegalaman akan disediakan.
3. Kursus urutan
tenaga lelaki - pelajar akan diajarkan cara memulihkan masalah tenaga
lelaki, cara-cara mengurut zakar, mengenalpasti lubang cincin,
senaman untuk menguatkan tenaga batin, cara sengkak, jenis-jenis makanan dan petua-petua menguatkan tenaga batin.Juga akan
diajar mengurut zakar menggunakan minyak lintah gunung.
4. Kursus bekam darah
- pelajar akan diajarkan cara-cara berbekam (SOP) yang diluluskan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mengenalpasti
kedudukan titik Sunnah yang diamalkan Sahabat-sahabat Nabi,
titik-titik bekam membantu merawat penyakit sakit kepala, migrain, sakit
pinggang dan sakit lutut. Nota teori lengkap disediakan, paktikal
adalah wajib setiap pelajar.
Yuran untuk setiap
modul ialah RM150 sahaja. Anda digalakkan untuk mengambil kesemua
kursus dalam pakej ini kerana ianya meliputi ilmu perubatan alternatif
yang dapat membantu merawat masalah kaum lelaki masa kini.
Kami di SMI Welness Centre menawarkan yuran kursus untuk keempat-empat modul ini hanya RM500 sahaja.
Sila sms ke 013-7230092 untuk sebarang pertanyaan atau pendaftaran.
Kelas biasanya diadakan di Melaka pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad.
Sila hubungi kami untuk booking tarikh kursus (sms, whatsapp, emel). Sekiranya panggilan anda tidak dijawab sila gunakan salah satu kaedah di atas.
Sila hubungi: En. Nasir 013-7230092, En. Suhairi 011-32395757
Info ringkas berkenaan jenis kursus:
1.
Urutan tradisional: membantu menguatkan otot-otot dan sendi-sendi yang
lemah. Melancarkan aliran darah ke seluruh anggota badan. Kursus ini
akan mengajar teknik yang betul bagaimana urutan tradisional dapat
membantu lemah anggota badan di kalangan orang lelaki
2.
Urutan body meridian: menekankan kepada hampir 400 titik-titik tenaga
di seluruh tubuh badan manusia yang mana titik-titik ini perlu diketahui
kedudukannya supaya dapat dirangsang untuk mengelakkan sebarang
'blockage' berlaku yang selalunya menjadi punca kepada pelbagai masalah.
Dimanakah dan bagaimanakah titik-titik ini dapat dirangsang supaya
dapat membantu merawat masalah anda?
3.
Urutan tenaga lelaki: ilmu yang mesti diketahui oleh semua para lelaki
kerana akibat dari masalah yang satu ini seluruh kehidupan anda akan
terjejas.
Tidak
melibatkan sebarang ubat-ubatan atau peralatan yang belum diketahui
kesan sampingannya. Hanya kaedah semulajadi sahaja...In sha Allah dapat
membantu menyelamatkan rumah tangga mereka yang bermasalah.
4.
Bekam: kaedah perubatan sunnah yang sangat digalakkan, mudah dan murah.
Membuang sel darah merah yang tidak normal dan tidak diperlukan oleh
badan. Kaedah apakah yang lain yg dapat mengeluarkan darah kotor ini
selain dari bekam? Inilah dia satu-satunya kaedah junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w. sering amalkan setiap kali badan beliau berasa kurang
sihat dan beliau sangat menggalakkan kaedah ini kepada umatnya.
Sudah ramai lepasan kursus ini yang telah berjaya menjadi perawat dan telah berjaya menambah pendapat dan juga membantu merawat pesakit.
Sudah ramai lepasan kursus ini yang telah berjaya menjadi perawat dan telah berjaya menambah pendapat dan juga membantu merawat pesakit.
Kita hanya dapat berusaha dan berikhtiar sebaiknya, selebihnya serahkan kepada Allah Taala.
Berikut adalah peserta-peserta kursus yang berkongsi ilmu dan pengalaman
bersama kami. Kami mendoakan keberkatan ilmu yang dipelajari dan
berupaya mengamalkan ilmu ini untuk mencapai kebaikan di sisi Allah swt.
Call/Whatsap :
013-723 0092
013-770 6757
DIRECT CLICK
WHATSAPP ICON
Locate Us
Lokasinya di mana?
ReplyDelete