Apakah Refleksologi?
Urutan refleksologi merupakan suatu cara rawatan penyakit melalui titik pusat urat saraf yang berhubungan dengan organ-organ tubuh. Dengan kata lain, refleksologi adalah ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit dengan cara mengurut urat saraf untuk melancarkan peredaran darah pada bahagian tapak kaki.
Apabila ada bahagian tubuh yang sakit, maka pada titik refleksinya akan terasa kristal-kristal (seumpama ketulan/simpulan) yand dapat mengganggu peredaran darah dan menyebabkan penyumbatan. Dengan memberikan rangsangan melalui urutan, akan terdapat tindakbalas aliran elektrik di daerah refleksi dan juga timbul tenaga untuk mengembalikan tenaga atau kekuatan pesakit. Organ yang sakit memerlukan peredaran darah yang lancar dan bekalan oksigen yang mencukupi. Urutan dapat membantu melancarkan peredaran darah dan seterusnya membekalkan cukup oksigen kepada seluruh tubuh supaya tubuh menjadi lebih sihat.
Oleh itu, kita perlu belajar dan mempunyai ilmu titik-titik refleksi yang terdapat pada bahagian tapak kaki yang berhubungan dengan organ-organ tertentu dalam tubuh supaya kita dapat memberikan rangsangan melalui urutan untuk meredakan kesakitan.
Comments
Post a Comment