Pemakanan Semasa Berpantang Selepas Bersalin

Cadangan pemakanan berikut boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu selepas bersalin.

Minggu Pertama:
  • Makanan yang lembut seperti bubur dan bijirin.
  • Makanan yang tidak berangin, berminyak dan berbisa.
  • Ikan haruan, selar kuning dan bawal putih.
  • Sayuran seperti sawi
Minggu Kedua:
  • Makanan yang berkhasiat dan berprotein (susu).
  • Minyak yang tidak berkolesterol seperti minyak bijan.
  • Sayu-sayuran hijau dan ulaman dibenarkan.
  • Jamu dan herba
  • Kurma cina
Minggu Ketiga:
  • Makanan yang berkhasiat seperti sup
  • Ulaman yang dibenarkan seperti pegaga untuk memulihkan tenaga
  • Jamu dan herba
Minggu Keempat:
  • Makanan yang memberi tenaga atau lebih berat (ayam kampung)
  • Sayur-sayuran hijau dan ulam-ulaman yang dibenarkan.
  • Jamu dan herba
Makanan yang digalakkan semasa berpantang:
  • Ikan haruan, ikan yu, bawal putih, belut
  • Ulaman tempatan seperti halia, lengkuas, pegaga, pucuk mengkudu, kunyit, serai, ulam raja
  • Burung puyuh, burung merpati
  • Ayam kampung
  • Jeli gamat
  • Sayur sawi
  • Makanan yang boleh memanaskan badan
Makanan yang perlu dielakkan semasa berpantang:
  • Makanan atau minuman yang berbisa dan tajam seperti air tebu, air bergas, nenas, makanan laut
  • Makanan yang menyebabkan kegatalan seperti udang, sotong, ayam
  • Makanan yang berangin seperti nangka, petai, pulut, ubi kayu
  • Kurangkan makanan yang berlemak
  • Ikan jenis gatal dan berbisa seperti terubuk, ikan duri, cencaru
  • Sayuran yang menjalar dan sejuk seperti kangkung, timun, kobis, bayam, labu

Comments

Popular Posts