GEJALA GOUT DI MALAYSIA..

                                   
           
SEJAK zaman Hippocrates penyakit gout telah mendapat perhatian pakar-pakar perubatan kerana ia membabitkan begitu ramai manusia yang menderitainya. Gout menyebabkan penghidapnya mengalami kesakitan yang amat sangat dan hilang upaya untuk bergerak.Gout boleh mengganggu rutin harian penghidapnya apabila garam asid urik yang berlebihan dalam badan membentuk kristal dan mencucuk seperti jarum di sendi-sendi.Asid urik merupakan sejenis bahan kimia yang terhasil daripada pecahan purina atau bahan-bahan buangan di dalam tubuh.Biasanya, asid urik ini akan diserap ke dalam darah masuk ke buah pinggang untuk dikumuhkan melalui air kencing.Bagaimanapun, jika penghasilannya dalam tubuh meningkat atau buah pinggang gagal mengumuhkan bahan buangan ini, parasnya akan meningkat.Paras asid urik yang tinggi ini berlaku sekiranya individu terbabit mengambil makanan yang mengandungi purina yang tinggi seperti makanan laut, hati, ikan bilis dan pelbagai jenis kekacang.Terdapat banyak faktor yang dikaitkan dengan punca berlakunya gout seperti.
GENETIK.
1.Faktor ini memainkan peranan yang cukup besar dalam menentukan risiko seseorang mendapat gout.
Dianggarkan antara enam hingga 18 peratus mereka yang menghidap gout mempunyai sejarah keluarga.
2.Berat badan berlebihan. Pengambilan makanan secara berlebihan meningkatkan penghasilan asid urik dalam tubuh dan risiko hiperuricemia iaitu asid urik yang tinggi dalam darah.
3.Pengambilan minuman keras secara berlebihan boleh mengganggu proses pembuangan asid urik dari tubuh.
4.Memakan makanan yang kaya dengan purina boleh menyebabkan gout atau menjadikan gout yang dihidapi semakin teruk.
PUNCA.
1,Berat badan yang berlebihan sering kali dikaitkan dengan gout. Sebaik-baiknya mereka yang menghadapi masalah berat badan berlebihan ini mengawal berat badan mereka.
2,Kurangkan pengambilan makanan yang kaya dengan purina seperti hati, makanan laut termasuklah ikan bilis, udang dan sebagainya.
3.Elakkan mengambil minuman keras.
RAWATAN.
1.Sejak dari zaman empayar Byzantium (Tahun Masihi 457), colchicine merupakan ubat yang diberikan untuk menangani serangan gout secara tiba-tiba.
Meskipun ubat ini berkesan namun ia boleh menyebabkan individu terbabit merasa loya, muntah dan cirit-birit.
Malah, gout juga boleh dirawat dengan menggunakan satu atau kombinasi rawatan.
CUPPING,HIJAMA,BEKAM.
1.Sebagai satu alternatif selain daripada rawatan moden.
2.Selamat diamalkan dan diperakui keberkesananya.
3.Kembali kepada rawatan sunnah yang telah diamalkan sejak
1400 tahun dahulu.



Call/Whatsap :
013-723 0092
013-770 6757

DIRECT CLICK
WHATSAPP ICON

 CLICK WHATSAPP HERE

Locate Us

 Locate Us by WAZE. Just Click...

Comments

Popular Posts