Kolestrol Pembunuh Senyap.

KOLESTEROL TINGGI : 

Pembunuh Senyap Rakyat Malaysia !





Kolestrol Tinggi – Pembunuh Senyap Rakyat Malaysia

 Di Malaysia, masalah paras kolesterol tinggi dihadapi oleh orang yang lebih muda berbanding dengan negara lain seperti China, Jepun dan Thailand yang lazimnya menyerang golongan tua. Hari ini 1 dari 3 rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas mengalami paras kolesterol yang tinggi.
Perhatikan faktor risiko yang mungkin ada pada anda. Jika anda berusia lebih 35 tahun dan mempunyai faktor risiko, lakukan langkah pencegahan SEKARANG! Kolesterol tinggi boleh menyebabkan serangan jantung, stroke, hipertensi dan banyak lagi penyakit kardiovaskular!
 Apa Punca Masalah Kolesterol Tinggi?
Masala ini berlaku apabila bilangan kolesterol (lapisan lemak pada salur darah manusia) berada dalam keadaan tidak seimbang iaitu LDL (kolesterol jahat) terlalu tinggi berbanding HDL (kolesterol baik).
Apa Yang Boleh Mempengaruhi Paras Kolesterol Dalam Badan ?
Umur : lelaki berumur kurang 55 tahun dan wanita berumur lebih 55 tahun lebih ramai mengalami masalah kolesterol tinggi
Keturunan : anda lebih berisiko jika keluarga anda mempunya sejarah kolesterol tinggi atau penyakit berkaitan koronori seperti darah tinggi, jantung dan kencing manis.
Berat badan : individu dengan berat badan berlebihan atau obes lebih mudah mengalaminya.
Aktiviti fizikal : kurang aktif bersukan/ melakukan aktiviti fizikal juga boleh mempengaruhi paras kolesterol.
Alkohol : pengambilan alkohol meningkatkan paras LDL.
Stress : keadaan stress berpanjangan boleh meningkatkan paras kolesterol
 Langkah Pencegahan & Kawalan Paras Kolesterol Tinggi 
Pantau paras kolesterol anda, lakukan pemeriksaan tahunan jika ada mempunyai risiko. (Paras koleterol ideal ialah < 200 mg/dL, dengan paras LDL < 130mg/dL, dan HDL > 40mg/dL
Kawal paras gula, tekanan darah dan berat badan anda, BMI ideal ialah antara 19-25.
Kurangkan merokok dan pengambilan alkohol
Banyakkan aktiviti fizikal atau bersukan
Kawal pemakanan anda:
Kurangkan pengambilan lemak – dicadangkan <30% keperluan kalori anda.
Kurangkan pengambilan makanan berkolestrol seperti daging merah, udang, kerang, margerin, kuning telur dan banyak lagi.
Lebihkan makanan mengandungi serat boleh larut seperti kekacang, oat, gandum, sayuran dan buah-buahan


Amalkan berbekam 4 kali setahun(bergantung kepada cadangan doktor/alternative practitioner anda.
Cuba amalkan makanan yang dipercayai anti kolesterol : soya, kuaci, buah kering, epal, ikan tuna, kacang tanah, mangga, kismis, oat, jambu batu.
Call/Whatsap :
013-723 0092
013-770 6757

DIRECT CLICK
WHATSAPP ICON

 CLICK WHATSAPP HERE

Locate Us

 Locate Us by WAZE. Just Click...

Comments

Popular Posts