Apa itu Bekam?

Adakah anda pernah mendengar istilah bekam? Apakah anda pernah dibekam? Berbahagialah apabila anda menjawab, "pernah". Kerana kerapkali soalan sebegini ditujukan kepada kaum muslimin menunjukkan bahawa yang belum mendengar istilah bekam sebanyak 80% dan yang belum pernah dibekam sebanyak 90%.

Kenyataan ini sungguh bermakna. Ini adalah kerana bekam sudah dikenali ribuan tahun lalu, bahkan sejak zaman Nabi Musa a.s. dan berkembang ke seluruh dunia hingga saat ini. Bekam merupakan terjemahan dari hijamah, dari kata al-hajmu, yang bererti pekerjaan membekam. Al-hijmu bererti menghisap atau menyedut.

Dilihat sepintas lalu, nampaknya pengubatan dengan kaedah bekam tidak memberi manfaat apa-apa, bahkan kelihatan kuno dan tidak rasional. Namun apabila dibandingkan dengan pengubatan moden yang menggunakan ubat-ubatan sintetik serta pembedahan yang memerlukan belanja mahal, bekam lebih praktis, tanpa kesan sampingan, murah dan boleh mengatasi banyak penyakit yang tidak boleh ditangani oleh kedoktoran moden.

Memang, sekarang ini segala sesuatu yang berbau 'barat' yang didominasi orang Nasrani dan Yahudi nampak indah menyenangkan dan menyembuhkan. Ini memang usaha mereka untuk menjauhkan kaum muslimin dari kitab Allah, Al-Quran. Mereka mengetahui bahawa apabila kaum muslimin berpegang teguh pada ajaranNya, pastilah mereka akan berjaya dan menguasai dunia, seperti yang pernah dialami umat Islam pada abad 8-12 Masihi, di mana waktu itu ilmu kedoktoran berkembang menguasai daratan Eropah, sehingga muncullah doktor-doktor muslim dengan kedoktoran Islamnya, seperti Ali, Abbas Al-Majusi, Abu Bakar Ar-Rozi, Al-Biruni, Ibnu Sina, Az-Zahrowi, Ibnu Maimun, Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah dan lain-lain.

Kaum muslimin jarang sekali yang mahu mendalami ilmu kedoktoran warisan Nabi Muhammad s.a.w. yang sangat lengkap. Diantara sebahagian kedoktoran warisan Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah bekam.

Petikan dari Penyembuhan Penyakit Kaedah Bekam Cara Rasulullah s.a.w. oleh Syihab Al-Badri Yasin.

Comments

Popular Posts