Berikhtiarlah untuk berubat
Cubalah kita perhatikan hadith-hadith yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad s.a.w. mengenai pengubatan, seperti Usamah bin Syark dari Rasulullah s.a.w.:
Ertinya:
"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah s.w.t., sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menciptkan satu penyakit kecuali menciptakan pula ubatnya, kecuali satu penyakit saja, iaitu tua."
Hadith disahihkan oleh Tirmizi, Hakim dan Ibnu Khuzaimah. Dalam riwayat lain, "...kecuali as-sa'm", yakni kematian.
Ini merupakan anjuran Rasulullah s.a.w. kepada umatnya agar berubat, sekaligus maklumat bahawa segala penyakit, sama ada penyakit kuno mahupun moden dan yang sudah muncul mahupun belum, semuanya ada ubatnya dengan izin Allah s.wt.
Diriwayatkan dari Anas:
Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t. ketika menciptakan penyakit, pasti menciptakan ubat, maka hendaklah kamu berubat!" (HR Ahmad)
Mungkin perintah di dalam hadith ini difahami sebagai perintah berubat secara mutlak, tanpa peduli apakah ubat tersebut halal atau haram. Akan tetapi hadith marfu' yang diriwayatkan Abu Darda' membatasi pencarian ubat ini hanya pada ubat-ubatan yang dihalalkan oleh Allah s.w.t., di mana Nabi s.a.w. bersabda:
Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan ubat untuk setiap penyakit, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan." (HR. Abu Daud)
Usaha untuk berubat sama sekali tidak bertentangan dengan tawakal seseorang kepada Allah s.w.t., kerana upaya mencari kesembuhan itu bergantung kepada takdir dan kehendak Allah s.w.t.
Kunci kesembuhan terletak pada 3 perkara:
1. Pemeliharaan kesihatan dan pengambilan makanan yang boleh meningkatkan kualiti kesihatan seperti gizi, ubat dan makanan tambahan.
2. Berusaha menghindari penularan penyakit, ertinya mencegah segala perkara yang membahayakan kesihatan contohnya menghindari merokok dan juga pengambilan ubat-ubatan berbahaya.
3. Pengeluaran unsur-unsur perosak yang ada di dalam tubuh. Misalnya muntah, menggondoli rambut dan mengeluarkan wap yang menimbulkan masalah kesihatan pada otak, juga mengeluarkan darah yang mengandungi campuran unsur-unsur penyakit dan yang terakhir inilah yang disebut bekam.
Petikan: Penyembuhan Penyakit Kaedah Bekam cara Rasulullah s.a.w. oleh Syihab Al-Badri Yasin
Comments
Post a Comment