Kebaikan Terapi Urutan untuk Bantu Sembuh Penyakit
Terapi urutan juga boleh membantu untuk penyembuhan penyakit dan meredakan ketidakselesaan. Sila layari web The Touch Institute of Miami untuk mengetahui banyak kajian yang telah dibuat berkaitan keberkesanan terapi urutan untuk bantu kesembuhan penyakit.
Tiffany Field Ph.D. adalah pioneer dalam kajian berkaitan terapi urutan mula mengurut bayi perempuannya yang lahir premature masa di hospital lagi. Beliau mendapati bagaimana anaknya itu bertambah berat badan lebih cepat berbanding dengan bayi lain yang tidak di urut. Beliau kemudiannya berminat untuk membuat lebih banyak kajian tentang kebaikan massage pada bayi premature. Ketika itu pada tahun 1982. Sepuluh tahun kemudian, beliau mengasaskan Touch Research Institute as part of the University of Miami sehingga kini ia banyak membuat kajian berkenaan benefit massage pada tubuh manusia.
Kajian pertama ialah tentang bayi premature Field yang bertambah berat sebanyak 47% lebih cepat berbanding dengan bayi yang tidak di massage dan dapat discharge 6 hari lebih awal dari hospital.
The Touch Institute juga membuat kajian kebaikan massage kepada autism, ADHD, anorexia, pregnancy, low-back pain, migraine headaches, cerebral palsy, spinal-cord injury, asthma dan banyak yang lain lagi. Bukan Touch Institute sahaja yang banyak membuat kajian tentang kebaikan massage ini tetapi terdapat juga organisasi lain yang membuat kajian bagaimana massage dapat bantu menyembuhkan penyakit yang kita tidak pernah terfikir sebelum ini boleh dirawat melalui terapi urutan.
Contohnya, di German, kajian dibuat ke atas 10 pesakit chronic schizophrenia, mereka mendapati massage berkesan untuk merehatkan pesakit dan pesakit dapat menerima juruterapi urutan ini dengan baik. Di Traditional Chinese Medicine Hospital Nanjing, China massage telah dipraktikkan kepada kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasan dan menghasilkan kesan positif yang signifikan berbanding dengan yang tidak menerima terapi urutan.
Oleh itu, kita dengan fikiran yang lebih terbuka mestilah mengambil peluang untuk mendapatkan faedah dari terapi urutan ini untuk kehidupan yang lebih sihat tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak.
Comments
Post a Comment