Pengenalan Stimulatherapy
Alhamdulillah, sedikit sebanyak ilmu yang saya perolehi daripada guru saya dapat saya paparkan di ruangan ini untuk manfaat bersama.
Stimulatherapy adalah cabang dalam perubatan komplimentari iaitu pelengkap kepada rawatan sedia ada (allopathy) yang diasaskan oleh Dato' Dr. Hj. Rusly bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Li, Mentor Jutawan Senyap.
Bidang perubatan komplimentari melibatkan beberapa sub modul antaranya massage therapy, accupressure, tenaga hayat dan accupunture.
Kenapa rawatan komplimentari? Tentu ramai di antara kita tertanya-tanya kenapa mesti komplimentari dan tidak kurang juga yang memandang sebelah mata dengan kaedah rawatan seperti ini. Yalah, mahu bukti saintifik, fact and figure kata orang sekarang. Kita perlu sedar bahawa tidak semua penyakit atau ketidakselesaan pada tubuh badan manusia itu boleh dirawat melalui kaedah moden atau allopathy. Kebanyakkan kaedah sedia ada sekarang lebih menumpukan kepada menghilangkan simptom sahaja contohnya demam, berikan paracetamol untuk kurangkan panas badan, pain killer untuk tahan sakit tanpa mengambilkira faktor dalaman tubuh.
Allah Maha Bijaksana. Tubuh manusia yang Allah cipta ini sangat hebat, 75% adalah self healing. Melalui pendekatan Stimulatherapy, tubuh badan akan dirangsang pada poin-poin penting yang terdapat pada 14 channel utama dalam badan manusia untuk mendapat tenaga secukupnya bagi merawat diri sendiri dan berfungsi dengan baik.
Tenaga alam yang masuk ke tubuh kita dengan secukupnya melalui poin-poin akan memberikan cukup tenaga kepada organ-organ utama dalam badan supaya dapat bekerja dengan baik dan harmoni.
Ya...kita stress, keletihan, murung, migrain, tension, cepat marah, lenguh sendi, tidak bersemangat, malas....dan seribu satu macam rasa lagi adalah kerana organ-organ utama yang semestinya amat penting ini telah tidak mendapat bekalan tenaga sewajarnya kerana berlakunya sekatan atau blockage pada tubuh kita. Dek kerana itulah, tubuh mula protes, perasaan tak keruan dan mengundang macam-macam gejala lain. Semua ini berlaku tanpa kita sedari kerana seharian kita amat sibuk melakukan rutin harian yang seakan tidak berkesudahan. Tanpa kita sedari juga kita tidak top-up tenaga untuk tubuh kerana kita tidak tahu bagaimana atau tidak sedar ianya adalah perlu untuk tubuh kita.
INSYAALLAH, kaedah stimulatherapy dapat membantu tubuh untuk mendapatkan haknya semula dengan merangsang antena yang ada pada tubuh untuk memdapatkan tenaga alam supaya ia dapat berfungsi dengan baik secara rohani dan jasmani.
Apa yang kita lakukan sebagai manusia tidak lebih dari sekadar ikhtiar belaka...ALLAH Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Namun kita tidak boleh putus harap dengan rahmat ALLAH, berikhtiarlah....InsyaALLAH akan dipermudahkan olehNya.
Comments
Post a Comment