Faedah Kesan Biokimia Melalui Urutan
Urutan adalah salah satu teknik penyembuhan yang paling lama digunakan untuk mengatasi masalah kesihatan baik dari aspek psikologi mahupun fizikal. Kemungkinan ianya telah digunakan lama dan didapati dipraktikkan dengan meluas seluruh dunia dan awal abad ini masih dipraktikkan di hospital dan klinik yang ortodoks. Namun begitu, urutan kian dilupakan dengan kemunculan perubatan teknologi tinggi yang mula mendominasi sistem pejagaan kesihatan.
Kajian telah menunjukkan bahawa urutan adalah berkesan bagi membantu meredakan tekanan, kerisauan dan kemurungan. Melalui urutan, badan akan menghasilkan banyak kimia yang menyihatkan, iaitu meningkatkan 'dopamine', 'serotonin' dan meredakan hormon stres cortisol dan adrenaline. Ianya mampu meningkatkan gelombang kerehatan alpha otak dan paras endorphin untuk kesembuhan kesakitan. Urutan juga dapat mengurangkan paras 'noradrenaline' dan hormon stres ACTH (adrenocorticotrophic hormone). Dan lagi, urutan meningkatkan sistem imun, menstabilkan paras gula dalam darah, membaiki fungsi paru-paru dan mengoptimumkan pengaliran udara. Secara amnya, urutan dapat mengurangkan kekerapan berjumpa doktor dalam masa yang sama kita dapat meningkatkan produktiviti hasil dari tubuh yang sihat.
References:
1. Bentley Eilean (2000) Head, Neck & Shoulders Massage: a Step-By-Step Guide, St. Martin Press.
2. Fields T. (2000) Touch Therapy, Churchill Livingstone.
3. Fritz S. (1995) Therapeutic Massage, Mosby Lifeline.
4. Jackson A. (1993) Massage Therapy, Optima.
5. Wallcraft J. (1998) Healing Minds, Mental Health Foundation.
Comments
Post a Comment