Bagaimana Urutan Bertindak
Kulit kita dipenuhi oleh jutaan nerve receptors yang berkait rapat dan berhubungan dengan sistem saraf. Apabila kulit di urut, ianya akan terangsang dan mengeluarkan kimia pada otak seperti serotonin yang dapat membantu meredakan stres, kebimbangan dan kemurungan. Urutan mengakibatkan tubuh merembeskan kimia yang menambahbaik perasaan dan kesihatan manusia. Kajian oleh Tiffany Fields, di Touch Research Institute, University of Miami School of Medicine mendapati terdapat nilai-nilai therapeutic pada urutan untuk meredakan kebimbangan dan kemurungan. Data yang diperolehi dari kajian ini menunjukkan kesan yang signifikan terhadap kebimbangan dan kemurungan kepada kumpulan mereka yang mendapat urutan dan tidak pada kumpulan yang tidak diurut. 'Mood' dan corak tidur juga bertambah baik kerana mendapat tidur yang lebih nyenyak. Kumpulan yang diberi urutan didapati mempunyai paras hormon stres cortisol yang lebih rendah dalam air liur. Paras urinari cortisol dan noradrenaline juga menurun pada mereka yang sering murung apabila menerima urutan.
Comments
Post a Comment